PBB Ranting Kampung Wireless Terima Sumbangan Untuk Jayakan Pertandingan Rumah Berhias

UKAS  > Edisi-Utara >  PBB Ranting Kampung Wireless Terima Sumbangan Untuk Jayakan Pertandingan Rumah Berhias
0 Comments

ISNIN, 11 APRIL 2022

MIRI: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Kampung Wireless menerima sumbangan dari Syarikat Kumpulan IANA bagi menjayakan pertandingan Rumah Berhias. 

Menurut Ketua Ranting Kampung Wireless Sarbeni Japar, pertandingan Rumah Berhias ini diadakan bagi memupuk semangat perpaduan warga kampung serta mengeratkan silaturahim sesama jiran tetangga. 

“Pertandingan ini juga dibuat untuk mengembalikan kegemilangan kampung yang terletak di tengah bandaraya Miri,” katanya. 

Sementara itu, bagi pemilik syarikat IANA memberitahu pihaknya telah menyerahkan sumbangan berupa lampu raya, hiasan deko serta poster untuk 80 buah rumah bagi penduduk kampung menghias rumah mereka. 

Pihaknya juga telah memperuntukan sehingga RM1,800 sebagai hadiah untuk rumah tercantik nanti dalam pertandingan itu. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *