Dewan Kampung Jugan Siniawan Siap Dibina Menerusi Projek RTP

UKAS  > Edisi-Selatan >  Dewan Kampung Jugan Siniawan Siap Dibina Menerusi Projek RTP
0 Comments

SELASA, 12 APRIL 2022

BAU: Masyarakat di Kampung Jugan Siniawan di sini kini boleh mengukir senyuman apabila projek dewan baharu di kampung berkenaan siap sepenuhnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh berkata, dewan berkenaan dibina menggunakan peruntukan projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Serembu dengan jumlah kos sebanyak RM100,000.

Menurutnya, projek berkenaan sudah siap pada tahun lepas, namun perasmian hanya dapat dilaksanakan disebabkan negara masih dibelenggu wabak COVID-19 sebelum ini.

Berucap dalam majlis perasmian Dewan Kampung Jugan Siniawan itu, Miro memberitahu, penduduk kampung boleh memanfaatkan kemudahan yang disediakan di dewan berkenaan.

Sementara itu, Miro turut menyampaikan watikah pelantikan kepada Chen Zhe Kai sebagai Kapitan yang baharu serta Penghulu yang turut baharu dilantik. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *