ADUN Stakan Luang Masa Berjemaah Di Masjid Darul Taqwa

UKAS  > Edisi-Selatan >  ADUN Stakan Luang Masa Berjemaah Di Masjid Darul Taqwa
0 Comments

AHAD, 17 APRIL 2022

KOTA SAMARAHAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim meluangkan masa menunaikan solat fardhu Isyak dan solat sunat Tarawih berjemaah di Masjid Darul Taqwa, Kampung Stakan Melayu di sini pada Sabtu.

Dalam kesempatan itu, beliau telah menghulurkan cek sumbangan kepada jawatankuasa masjid berserta cenderahati Ramadan kepada jemaah yang hadir.

Datuk Hamzah dalam ucapannya menyatakan rasa kagum apabila melihat anak-anak muda tempatan dari pelbagai peringkat umur turut sama berhimpun di masjid tersebut.

Seramai 100 jemaah telah hadir pada malam itu yang melibatkan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK), jawatankuasa masjid serta penduduk setempat. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *