Datuk Snowdan Peruntuk RM10,000 Untuk JKKK Kampung Empaling

UKAS  > Edisi-Selatan >  Datuk Snowdan Peruntuk RM10,000 Untuk JKKK Kampung Empaling
0 Comments

ISNIN, 18 APRIL 2022

BALAI RINGIN: Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak merangkap AhIi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Datuk Snowdan Lawan telah memperuntukkan sebanyak RM10,000 untuk tabung Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Empaling.

Beliau mengumumkan perkara tersebut semasa menghadiri Program Santai Pemimpin Bersama Rakyat di sini pada Sabtu.

Dalam ucapannya, Datuk Snowdan menyeru rakyat di kawasan itu untuk terus bersatu padu dan memberi sokongan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk menjamin pembangunan berterusan di luar bandar.  

Selain itu, Biro Wanita Kampung Empaling turut menerima peruntukan sebanyak RM7,000 untuk mengadakan aktiviti kemasyarakatan.

Sementara itu, ADUN Balai Ringin itu turut bercadang untuk membina sebuah gelanggang futsal untuk kegunaan belia di kawasan tersebut. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *