Pasaraya Sing Kwong Serah Sumbangan Kepada PERYATIM Bintulu Dalam Kongsi Rezeki Ramadan

UKAS  > Edisi-Utara >  Pasaraya Sing Kwong Serah Sumbangan Kepada PERYATIM Bintulu Dalam Kongsi Rezeki Ramadan
0 Comments

JUMAAT, 22 APRIL 2022

BINTULU: Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan Sarawak (MAKSAK) Bahagian Bintulu dan Yayasan Anti Rasuah Malaysia Sarawak (YARM) Zon Utara serta Pasaraya Sing Kwong telah mengadakan Kongsi Rezeki Ramadan di Kompleks PERYATIM Bintulu pada Khamis. 

Program ini bertujuan menyelami nasib dan keadaan anak-anak yatim di sepanjang bulan Ramadan ini.

Dalam majlis itu, Pengurus Sing Kwong Supermarket (Medan Raya) Sdn Bhd Tang Shi Tong telah menyerahkan sumbangan berupa 70 pek kurma serta beberapa bantuan asas seperti beras dan telur kepada PERYATIM Bintulu yang diwakili pemangku pengurusnya Muhammad Noor Ali. 

MAKSAK Bahagian Bintulu dalam pada itu memberitahu adalah menjadi peranannya menjaga kebajikan anak-anak yatim di PERYATIM yang memerlukan bantuan dari banyak sudut seperti bantuan makanan dan minuman seharian, kewangan dan keperluan asas demi mengharungi kehidupan seharian mereka.

Hadir sama Setiausaha MAKSAK Bahagian Bintulu dan Naib Pengerusi Zon Utara Yayasan Anti Rasuah Malaysia Sarawak, Harun Hatta. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *