Program Ziarah UKAS @ Komuniti 2022 Semarak Ramadan Di Kota Samarahan Dapat Sambutan Mengalakan

UKAS  > Edisi-Selatan >  Program Ziarah UKAS @ Komuniti 2022 Semarak Ramadan Di Kota Samarahan Dapat Sambutan Mengalakan
0 Comments

SELASA, 26 APRIL 2022

KOTA SAMARAHAN: Sempena bulan Ramadan, Program Ziarah UKAS @ Komuniti 2022 Semarak Ramadan  di Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Samarahan, mendapat sambutan mengalakan.

Program itu dihadiri Pegawai Pertahanan Samarahan Awam Daerah, Kapt.(PA) Alias Bujang pada Isnin.

Program tersebut dimulakan dengan majlis berbuka puasa seterusnya penerangan tentang peranan Unit Komunikasi dan Penerangan Sarawak (UKAS) daripada Penyelia UKAS Bahagian Samarahan, Azzrie Mohamad Jeman dan takzirah Ramadhan daripada Pegawai UKAS, Ustaz Mohd Noorhamizan Hamid.

Sejurus selepas itu, simbolik penyerahan goodies daripada UKAS telah disampaikan oleh Azzrie Mohamad Jeman kepada Kapt. (PA) Alias Bujang serta para jemputan yang hadir.

Penganjuran program ini bertujuan untuk mengukuhkan silaturahim serta kerjasama dalam kalangan kakitangan kerajaan pusat dan negeri dapat diteruskan demi perpaduan masyarakat setempat.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *