Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2022 Berkuatkuasa 26 April Hingga 6 Mei 2022

UKAS  > Edisi-Utara >  Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2022 Berkuatkuasa 26 April Hingga 6 Mei 2022
0 Comments

SELASA, 26 APRIL 2022

BINTULU: Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2022 mula dilaksanakan hari ini 26 April hingga 6 Mei 2022.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, ia akan melibatkan dari kategori daging, hasil laut dan beberapa jenis sayur-sayuran.

“Antara barangan itu ialah daging lembu import (Sarawak sahaja), ikan kembung termasuk ikan mabung, ikan selayan, tomato, cili merah, kubis bulat import, kacang Panjang, terung Panjang, timun, bawang merah besar import, bawang besar Holland, bawang putih (China), Ubi kentang import (China), cili kering, kacang tanah, halia tua import, kelapa biji (borong saja) dan kelapa parut (runcit sahaja),” katanya.

Sehubungan itu, KPDNHEP Bintulu mengingatkan para peniaga untuk tidak menjual melebihi harga maksimum barangan harga terkawal, meletakkan tanda harga merah jambu bagi barangan harga terkawal, memastikan bekalan barangan mencukupi di pasaran dan menggunakan alat timbang dan sukat yang telah ditentusahkan

Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan Skim ini di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Sebarang pertanyaan atau aduan boleh disalurkan kepada Kementerian melalui laman web www.kpdnhep.gov.my, talian hotline kementerian di 1-800-886-800 atau Portal e-aduan kpdnhep di http://e-aduan.kpdnhep.gov.my atau di talian Whatsapp 019-848800/ 019-2794317 atau hadir sendiri di mana-mana pejabat kementerian yang berhampiran supaya tindakan sewajarnya boleh diambil.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *