3,500 Asnaf Di Kawasan DUN Demak Laut Terima Sumbangan Asnaf

UKAS  > Edisi-Selatan >  3,500 Asnaf Di Kawasan DUN Demak Laut Terima Sumbangan Asnaf
0 Comments

SABTU, 30 APRIL 2022

KUCHING: Seramai 190 asnaf yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, anak yatim, Orang Kurang Upaya (OKU) dan fakir miskin di Kampung Goebilt menerima sumbangan asnaf.

Sumbangan tersebut telah disampaikan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni di Dewan Datuk Seri Dr Wan Junaidi Kampung Goebilt pada Khamis. 

Menurutnya, ini merupakan sebahagian daripada aktiviti tahunan Pusat Khidmat DUN Demak Laut dalam menyantuni golongan asnaf di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut dalam bulan Ramadan ini. 

“Setiap tahun Pusat Khidmat DUN Demak Laut melaksanakan pemberian sumbangan asnaf.

“Pada tahun ini seramai 3,500 golongan asnaf di kawasan DUN Demak Laut menerima sumbangan ini yang meringankan beban mereka membuat persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut mengingatkan masyarakat terutamanya di kawasan DUN Demak Laut supaya menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan berwaspada dan sentiasa menjaga keselamatan diri.

“Walaupun kerajaan telah melonggarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan membenarkan sambutan Hari Raya Aidilfitri seperti kunjung mengunjung, rumah terbuka dan sebagainya, tetapi keselamatan masih tetap diutamakan. 

“Kita perlu menerima hakikat bahawa COVID-19 masih berada di sekeliling kita dan hidup bersama kita. 

“Justeru, masyarakat perlu sentiasa berhati-hati dan mengambil sikap sentiasa berwaspada agar dihindari COVID-19,” ujarnya. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *