Jemoreng Akan Terima Banyak Lagi Projek Pembangunan

UKAS  > Edisi-Tengah >  Jemoreng Akan Terima Banyak Lagi Projek Pembangunan
0 Comments

SELASA, 10 MEI 2022

JEMORENG: Banyak lagi projek pembangunan akan dibawa ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jemoreng untuk memajukan kawasan tersebut.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Dato’ Murshid Diraja Dr Juanda Jaya, antara yang dirancang adalah pembinaan sebuah lagi dewan yang lebih besar di Kampung Jemoreng untuk kemudahan penduduk di situ.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti Dan Ombudsman) berharap segala kemudahan yang diberikan oleh kerajaan dimanfaatkan sepenuhnya dan dijaga sebaik mungkin.

Berucap semasa Majlis Kesyukuran Dan Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Jemoreng 2022 pada Isnin, Dr Juanda memuji semangat dan perpaduan penduduk kampung itu dalam menganjurkan majlis tersebut.

Antara pengisian majlis adalah Pertandingan Booth dari enam zon di Kampung Jemoreng serta pencarian tetamu yang berpakaian menarik.

Selain itu, turut disampaikan hadiah untuk pertandingan yang diadakan sepanjang Aidilfitri seperti pertandingan futsal, badminton, bertuntung, keceriaan dan kebersihan kampung. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *