KMKK & Agensi Kerajaan Bekerjasama Dalam Pembangunan Kampung

UKAS  > Edisi-Tengah >  KMKK & Agensi Kerajaan Bekerjasama Dalam Pembangunan Kampung
0 Comments

KHAMIS, 12 MEI 2022

Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) berperanan penting bekerjasama dengan agensi kerajaan yang berkaitan dalam pembangunan pentadbiran yang baharu.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Integriti Dan Ombudsman, Dato Murshid Diraja Dr. Juanda Jaya berkata, warga KMKK juga perlu mempunyai ketulusan dalam menjalankan tugas untuk membantu pihak kerajaan dalam menyelesaikan masalah di peringkat kampung.

Jelas beliau, hal ini bertujuan untuk memastikan setiap perkara dilakukan dengan jujur dan amanah dalam menjalankan tugas khususnya yang melibatkan inisiatif kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Jelajah Integriti Siri 4/2022 Bahagian Betong di Maludam, Pusa pada Rabu.

Sementara itu, beliau menyeru pihak KMKK untuk sentiasa memantau setiap projek kerajaan di peringkat kampung.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor, Pengarah Unit Integriti Dan Ombudsman, Jabatan Premier Sarawak, Adana Jed, Pegawai Daerah Pusa, Bujang Ladi dan Penghulu Zon Maludam Pusa, Maszain Ahmad Rais.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *