AADK & PPD Sri Aman Anjur Program Intelek Asuhan Rohani 2.0

UKAS  > Edisi-Selatan >  AADK & PPD Sri Aman Anjur Program Intelek Asuhan Rohani 2.0
0 Comments

JUMAAT, 13 MEI 2022

SRI AMAN: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sri Aman telah menganjurkan Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR 2.0) di Sekolah Kebangsaan (SK) Melugu pada Khamis.

Pegawai AADK Bahagian Sri Aman, Maulana Noorani Muhin berkata, program tersebut dilaksanakan untuk membendung masalah penglibatan dadah terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah.

Katanya, menerusi program ini pihaknya akan memastikan pelajar yang berisiko tidak akan terlibat dengan dadah.

“Generasi muda perlu diberi peluang oleh semua pihak untuk memahami erti kerjasama, disiplin dan didorong untuk membina keyakinan diri menerusi aktiviti yang boleh memupuk semangat dan tanggungjawab kepada diri sendiri dan juga masyarakat,” katanya.

Tambahnya, dengan adanya program ini, ia akan memberi pengetahuan kepada peserta tentang bahaya dadah serta mendorong mereka membina kemahiran hidup yang baik agar tidak terlibat dengan penyalahgunaan bahan terlarang ini.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *