Sarawak Terokai Idea Baharu Untuk Pembangunan Masa Depan

UKAS  > Edisi-Selatan >  Sarawak Terokai Idea Baharu Untuk Pembangunan Masa Depan
0 Comments

SELASA, 17 MEI 2022

KUCHING : Melangkah ke arah 2030, Sarawak akan terus meneroka idea baharu untuk pembangunan masa depannya.

Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, beliau bangga apabila Sarawak berada di barisan hadapan dalam Pembangunan Ekonomi Hidrogen di Asia Tenggara (SEA).

“Ekonomi Hidrogen akan menjadi menyumbang besar kepada kesejahteraan ekonomi Sarawak apabila kita telah mengurangkan pergantungan kepada industri tradisional. Kita akan mencipta sumber pendapatan baharu untuk mengurangkan pergantungan terhadap sumber asli dan bahan api fosil yang semakin berkurangan,” katanya semasa berucap sempena Pembukaan Persidangan Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 Pada Selasa.

Jelas Tun Pehin Sri Abdul Taib lagi, kerjasama sektor swasta dan kerajaan asing bakal memanfaatkan potensi pasaran karbon dengan aliran hasil baharu daripada sumber hutan akan dijana untuk projek perdagangan karbon.

Tambah Tun Pehin Sri Abdul Taib lagi, beliau menggesa lebih banyak sektor swasta terlibat dalam sektor pertanian melalui automasi dan aplikasi teknologi moden Seperti Internet Of Things (IoT) untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian yang berkualiti.

“Saya yakin dalam beberapa tahun akan datang, sektor pertanian di Sarawak akan berubah menjadi sektor pertanian yang bernilai tambah tinggi, sekali gus menjadi pengeksport utama makanan di Malaysia,”katanya. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *