Pelaksanaan Projek Pembangunan Di Tellian Disegerakan

UKAS  > Edisi-Selatan >  Pelaksanaan Projek Pembangunan Di Tellian Disegerakan
0 Comments

JUMAAT, 20 MEI 2022

KUCHING: Pelaksanaan projek pembangunan dalam kawasan Tellian penting dilaksanakan dengan segera untuk menjamin kesejahteraan penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, rintihan penduduk yang mendiami kawasan tebingan sungai dari muara Sungai Tellian hingga muara Sungai Penakub Hilir harus diberi perhatian.

Katanya, ini kerana penduduk di situ sering berdepan masalah hakisan yang kritikal akibat arus sungai deras.

“Kampung-kampung yang terlibat dalam masalah ini adalah Kampung Tutus Hilir, Kampung Dato dan Kampung Penakub Hilir”.

“Diharap pihak kerajaan dapat menyegerakan projek pembinaan benteng ini yang telah diusahakan oleh wakil rakyat sebelum ini sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan,” ujar beliau.

Sementara itu, beliau menyatakan, selain hakisan sungai, hakisan pantai di sekitar kawasan Mukah juga membimbangkan penduduk yang sebahagiannya tinggal di kawasan pesisiran pantai.

“Pantai dan Muara sungai di Kpg Penat, Kpg Judan, Kampung Petanak dan Muara Batang Mukah turut menghadapi risiko hakisan yang teruk ketika ini,” katanya.

Oleh itu, beliau memohon agar kerajaan negeri melalui agensi bertanggungjawab dapat membuat kajian lanjut berkaitan masalah ini sekaligus tampil dengan langkah awal dan perancangan jangka masa panjang untuk mengatasinya. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *