Ahli Jemaah Pengarah PPK Lawas Lawat Stesen Pembenihan Ikan Siakap Di Stesen Punang

UKAS  > Edisi-Utara >  Ahli Jemaah Pengarah PPK Lawas Lawat Stesen Pembenihan Ikan Siakap Di Stesen Punang
0 Comments

SABTU, 21 MEI 2022

LAWAS: Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lawas telah mengadakan lawatan ke Stesen Pembenihan Ikan Siakap di Stesen Punang, Lawas pada Rabu. 

Stesen ini merupakan satu-satunya stesen yang mengeluarkan anak-anak benih Ikan Siakap bagi tujuan pemasaran di negeri ini, Brunei Darussalam, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah.

Lawatan ini diketuai Pengerusi PPK Lawas Paris Kaya bersama Pengurus Besar PPK Lawas Dison Tagel, AAO Bahagian Hal Ewal ko-oprat PPK Lawas Hamdan dan ahli -ahli Jemah Pengarah PPK Lawas.

Menurut wakil PPK Lawas, tujuan lawatan ini adalah selaras dengan hala tuju PPK Lawas mendapat imput mulai dari cara pembenihan hinggah ke anak Ikan tersebut boleh dipasarkan kepada pembeli. 

Dalam lawatan itu, rombongan telah dibawa ke peringkat pembenihan anak-anak ikan dan mendengar taklimat yang disampaikan Pegawai  Menguasa (Bahagian Perikanan), Jabatan Pertanian Lawas Roland Joanes. 

Dalam taklimat itu, berdasarkan rekod Bahagian Perikanan, PPK Lawas telah diberi kuasa untuk memasarkan anak-anak ikan Siakap setiap tahun. 

PPK Lawas telah mencatat rekod keuntungan yang bersih dan menempuh kejayaan daripada hasil pemasaran kecuali masa penularan COVID-19 yang tidak dapat dilakukan secara aggresif disebabkan masalah pergerakan.

Justeru, ahli-ahli PPK Lawas wajar mendapatkan kefahamanan tentang stesen ini dalam memberi kerjasama kepada Bahagian Perikanan Jabatan Pertanian Sarawak, Lawas untuk lebih berjaya lagi pada masa hadapan. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *