Majlis Sejambak Kasih Gawai Song Bantu Golongan Kurang Berkemampuan

UKAS  > Edisi-Selatan >  Majlis Sejambak Kasih Gawai Song Bantu Golongan Kurang Berkemampuan
0 Comments

AHAD, 22 MEI 2022

SONG: Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Kapit telah mengadakan Majlis Sejambak Kasih Gawai 2022 di Dewan Masyarakat Song pada Jumaat.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Kapit, Dariel Thiong Yiew Seng dalam ucapannya berkata majlis yang diadakan adalah bagi merancakkan serta membantu masyarakat yang kurang berkemampuan untuk meraikan Hari Gawai yang bakal tiba.

Tambahnya lagi, pada tahun ini seramai 2,210  orang penerima bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat di Bahagian Kapit.

Pengisian program tersebut turut diadakan persembahan kebudayaan dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *