NSJA Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Ketua Polis Daerah Miri Baharu

UKAS  > Edisi-Utara >  NSJA Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Ketua Polis Daerah Miri Baharu
0 Comments

AHAD, 22 MEI 2022

MIRI: Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Daerah Miri baharu ACP Alexson Naga Chabu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri pada Khamis.

Kunjungan tersebut diketuai pengerusinya, Andy Jong Wan Joon yang bertujuan mengenali antara satu sama lain serta

untuk merapatkan hubungan silaturahim dan mengenal pasti peluang kolaborasi antara satu sama lain.

Pertemuan kali ini juga menjadi medium bagi kedua-dua pihak untuk meningkatkan lagi kerjasama dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih kepada masyarakat. 

Sementara itu ketika ditemui, Andy Jong berkata, kerjasama antara Polis Miri dan warga media di Miri memang sudah lama terjalin dan akan dikekalkan selamanya.

“Kita akan meneruskan kerjasama yang dibentuk sejak sekian lama dan berharap kerjasama ini membolehkan masyarakat mengetahui apa yang dilakukan oleh pasukan Polis selama ini,” katanya.

Diharap hubungan baik antara media dan Polis dapat terus dikekalkan pada masa akan datang.

Pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa HAWANA 2022 Catherine Igang telah menyerahkan surat jemputan menghadiri Majlis Makan Malam Apresiasi Media Hari Wartawan Nasional  (HAWANA) 2022 NSJA pada 27 Mei ini. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *