ADUN Kabong Sumbang RM10,000 Kepada Persatuan Anak Kabong

UKAS  > Edisi-Tengah >  ADUN Kabong Sumbang RM10,000 Kepada Persatuan Anak Kabong
0 Comments

ISNIN, 23 MEI 2022

SARATOK: Sebanyak RM10,000 telah disumbangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir kepada Persatuan Anak Kabong bagi merancakkan aktiviti persatuan bersempena Majlis Jarah Rayo Pak 2022 di Dewan Jamilah,Yayasan Sarawak pada Ahad.

Dalam pada itu, Mohd Chee dalam ucapannya sempat merakamkan ucapan terima kasih di atas sokongan daripada masyarakat Kabong khasnya di dalam pilihan raya negeri yang lepas.

Jelasnya, menerusi sokongan tersebut membolehkan beliau untuk terus berusaha bagi mempercepatkan pembangunan bagi kawasan Kabong bagi mengubah sosio-ekonomi masyarakat serta menjadikan Kabong sebagai daerah yang maju seperti daerah-daerah yang lain di Sarawak.

Dalam pada itu, Mohd Chee juga mengumumkan sumbangan bagi tujuan ibadah Hari Raya Aidiladha nanti.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Anak Kabong, Semawi Mohamad serta para jemputan yang lain. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *