Premier Sarawak ‘Ngabang’ Rumah Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu

UKAS  > Edisi-Selatan >  Premier Sarawak ‘Ngabang’ Rumah Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu
0 Comments

RABU, 1 JUN 2022

KUCHING : Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah berkunjung ke rumah terbuka bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu Numpang di Kuching pada Rabu.

Ketibaan beliau bersama isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang pada jam 1.20 tengah hari disambut baik oleh keluarga Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu dengan pemberian cenderamata gawai kepada Premier Sarawak.

Kunjungan rumah terbuka itu turut disertai oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi dan Juga Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi Dan Pembangunan), Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *