Sambutan Hari Gawai Eratkan Semangat Kekeluargaan Penduduk Rumah Panjang

UKAS  > Edisi-Selatan >  Sambutan Hari Gawai Eratkan Semangat Kekeluargaan Penduduk Rumah Panjang
0 Comments

SABTU, 4 JUN 2022

ENGKILILI : Sambutan Hari Gawai kali ini diadakan amat meriah sekali memandangkan perayaan tersebut tidak dilaksanakan sejak dua tahun lepas akibat pandemik COVID-19.

Penduduk Rumah Panjang Empading Nanga Bunu Skrang seperti kelazimannya merayakan Hari Gawai di mana semua ahli keluarga masing-masing berkumpul di ruang legar ataupun ruai untuk menyambut bersama.

Ini menunjukkan semangat kekeluargaan di antara mereka masih utuh terjalin sejak turun-temurun lagi.

Difahamkan, antara aktiviti Yang dilaksanakan di ruang legar tersebut termasuk persembahan kebudayaan dan pertandingan karoake.

Sehubungan itu, sambutan tersebut secara tidak langsung telah merapatkan lagi hubungan silaturahim di antara mereka.

Dalam pada itu, penduduk rumah panjang itu menaruh harapan agar perayaan Gawai akan dilaksanakan lebih meriah lagi pada tahun hadapan dengan pelbagai aktiviti diadakan demi kesejahteraan dan keharmonian komuniti setempat. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *