Bekalan Telur & Ayam Di Sarawak Mencukupi

UKAS  > Edisi-Selatan >  Bekalan Telur & Ayam Di Sarawak Mencukupi
0 Comments

SELASA, 7 JUN 2022

KUCHING: Kerajaan Sarawak memberi jaminan bekalan telur dan ayam mencukupi pada masa ini meskipun dilaporkan berlaku kekurangan di beberapa lokasi.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg memberi jaminan itu setelah dimaklumkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

Malah, menurut beliau, Sarawak memiliki lebihan bekalan untuk kedua-dua produk berkenaan.

“Saya juga telah dimaklumkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) di mana bekalan seperti ayam dan telur memang lebih dari cukup.

“Namun, bahan-bahan makanan yang diimport mengalami sedikit masalah,”katanya ketika ditemui selepas merasmikan Simposium Antarabangsa Transformasi Industri Digital anjuran Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS), di sini, pada Selasa.

Oleh itu, katanya lagi, dalam usaha mengukuhkan bekalan makanan di negeri ini, Sarawak akan memproses sendiri bahan-bahan makanan bagi memastikan rantaian makanan terjamin.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *