Anak Muda Diseru Kuasai Kemahiran Digital

UKAS  > Edisi-Selatan >  Anak Muda Diseru Kuasai Kemahiran Digital

ISNIN, 13 JUN 2022

SERIAN: Generasi muda diseru agar menguasai kemahiran digital dalam menempuh masa depan yang lebih mencabar dan berubah mengikut peredaran masa.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Dr. Jerip Susil memberitahu, ini juga untuk memperkasakan lagi golongan tersebut untuk lebih berdaya saing dan tidak tergugat dengan perkembangan teknologi yang berlaku seperti kehadiran ‘Artificial Intelligence’ (AI).

Dalam pada itu, katanya, ianya amat bertepatan untuk organisasi seperti Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) mengambil langkah proaktif dalam menganjurkan aktivti-aktiviti yang mampu meningkatkan literasi digital dalam kalangan anak muda.

“Salah satu program tersebut ialah ‘TEGAS Think and Thinker Mini Lab’ di mana SMK Siburan telah dibekalkan dengan pelbagai peralatan untuk kegunaan pelajar seperti Kit Robotik, Micro-Controllers, 3D Printer, serta Mini STEM Library, ’’ katanya pada Majlis Perasmian TEGAS 10th Anniversary Roadshow 2022 di Roxy Hotel Serian di sini pada Isnin.

Manakala, jelas beliau yang juga Timbalan Pengerusi TEGAS, program ‘Training Of Trainers’ pula dilaksanakan bagi melatih para guru untuk mendapat ilmu digital.  

Jerayawara itu bertujuan meraikan sambutan ulang tahun penubuhan TEGAS bersama masyarakat Sarawak terutamanya komuniti luar bandar di 11 lokasi terpilih.

Ia dimulakan di Serian dan seterusnya ke Debak, Sri Aman, Sarikei, Bintangor, Kapit, Balingian, Marudi, Limbang, Betong, sebelum berakhir di Kuching pada 16 Julai depan.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Serian, Lim Hock Meng; Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Serian, Patrick Madon dan Pengurus Kanan TEGAS innovative Learning Centre, Fredick Kevin Buseli. -Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *