ADUN Batu Danau Sumbang Dana Untuk Pasukan Futsal Wanita Skuad AADK Limbang

UKAS  > Edisi-Utara >  ADUN Batu Danau Sumbang Dana Untuk Pasukan Futsal Wanita Skuad AADK Limbang
0 Comments

RABU, 15 JUN 2022

LIMBANG: Pasukan Futsal Wanita Skuad Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Limbang menerima sumbangan dana daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang.

Paulus telah menyerahkan sendiri sumbangan tersebut kepada Pengurus Pasukan Bayang Uding di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Batu Danau pada Selasa.

Sumbangan dana tersebut adalah simbolik tanda sokongan ADUN Batu Danau itu terhadap pasukan Futsal Wanita AADK yang telah terpilih mewakili AADK Limbang ke Kejohanan Liga Sukan Malaysia (MSL) yang akan dianjurkan pada 23 Julai 2022 bertempat di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Ini juga merupakan tanggungjawab sosial korporat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Danau terhadap aktiviti sukan yang diceburi masyarakat setempat.

Sehubungan itu, Pengurus Pasukan Futsal Wanita Skuad AADK merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan dan keprihatinan beliau.

“Sumbangan dana ini akan dimanfaatkan untuk menampung dan membantu membiayai kos keperluan pasukan sepanjang menghadiri kejohanan kelak,” ujarnya.

Sesi penyerahan ini turut disaksikan Jurulatih Pasukan Sweeny Tingpi dan Johanes Kaling.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *