Jawatankuasa Pembangunan Komuniti dan Pelancongan MDLA Engkilili Anjur Program K3AS, Libatkan Penduduk Luar Bandar

UKAS  > Edisi-Selatan >  Jawatankuasa Pembangunan Komuniti dan Pelancongan MDLA Engkilili Anjur Program K3AS, Libatkan Penduduk Luar Bandar

KHAMIS, 30 JUN 2022

ENGKILILI: Jawatankuasa Pembangunan Komuniti dan Pelancongan Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA) Engkilili terus menyantuni masyarakat luar bandar menerusi program Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan Alam Sekitar (K3AS) di sini pada Selasa.

Pengerusi jawatankuasa tersebut, Kaunselor Masir Bitin hadir menyempurnakan program itu yang diadakan di Rumah Jelanie, Nanga Darai Skrang pada sebelah pagi dan di Rumah Karin, Nanga Murat Skrang pada sebelah petang.

Program tersebut bertujuan memberi kesedaran kepada penduduk luar bandar mengenai kepentingan menjaga diri dari segi kesihatan serta menghidari pelbagai kegiatan jenayah.

Selain itu, kepentingan pengetahuan teknologi selaras dengan era digital masa kini turut ditekankan.

Antara ceramah yang diberikan termasuk topik-topik kesihatan dan kebersihan alam sekitar, kebajikan, pertanian dan juga hal-hal digital di samping pelaksanaan demonstrasi pemadam api kecil oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

Sementara itu, program seumpamanya telah memberi peluang kepada masyarakat tempatan melalui Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) untuk mengutarakan sebarang isu yang perlu diambil perhatian oleh pihak kerajaan. -Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *