Bidang Keusahawanan Penting Dalam Memacu Sarawak Mencapai Status Negeri Maju

UKAS  > Edisi-Tengah >  Bidang Keusahawanan Penting Dalam Memacu Sarawak Mencapai Status Negeri Maju
0 Comments

AHAD, 3 JULY 2022.

SIBU: Keusahawanan merupakan satu komponen penting dan strategik dalam memacu Sarawak untuk mencapai status negeri maju pada tahun 2030.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kementeriannya akan berusaha menyediakan pelbagai program dan platform bagi usahawan belia memulakan perniagaan mereka.

“Kementerian akan terus komited dalam menyediakan lebih banyak program keusahawanan sebagai platform kepada para usahawan belia samada di kalangan belia informal mahupun usahawan belia mikro.

“Harapan saya agar belia yang hadir dapat mengambil pengalaman dari program ini untuk mempersiapkan diri menjadi usahawan yang cemerlang dan berdaya saing pada masa hadapan.

“Justeru itu, belia Sarawak harus menanam mentaliti daripada pencari pekerjaan kepada pemilik atau pengusaha perniagaan dan menyahut seruan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak untuk merebut peluang dalam ekonomi digital.”

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Program Youth Entrepreneur Setup (YES) di Dewan Kompleks Islam Sarawak, Sibu pada Sabtu.

Dalam pada itu, terdapat seramai lebih 500 orang belia yang telah berdaftar untuk hadir ke program ini.

Sambutan program tersebut menunjukkan betapa bersemangatnya belia di Sibu untuk merebut peluang menjadi seorang usahawan.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, berharap agar belia yang hadir dapat mengambil pengalaman dari program ini untuk mempersiapkan diri menjadi usahawan yang cemerlang dan berdaya saing pada masa hadapan.

Turut hadir Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dr Ripin Lamat, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dr Annuar Rapaee, Residen Bahagian Sibu, Wong Hee Sieng serta tetamu lain.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *