Datuk Rubiah Sempurnakan Kursus Pra Perkahwinan Di Kota Samarahan

UKAS  > Edisi-Selatan >  Datuk Rubiah Sempurnakan Kursus Pra Perkahwinan Di Kota Samarahan

SELASA, 5 JULAI 2022

KOTA SAMARAHAN: Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang telah menyempurnakan Kursus Pra Perkahwinan Siri 1 2022 bertempat di Dewan Suarah Kota Samarahan di sini pada Isnin.

Kursus anjuran Skuad Anti Dadah Kebangsaan Daerah Samarahan dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Bahagian Samarahan itu disertai kira-kira 100 orang golongan belia dari Daerah Samarahan.

Ia diadakan dengan tujuan mempermudahkan sebarang urusan pendaftaraan perkahwinan bagi para peserta.

Selain ceramah berkaitan perkahwinan, diadakan juga cabutan bertuah untuk bakal-bakal pasangan pengantin yang hadir.

Hadir sama pada program tersebut ialah wakil-wakil jabatan kerajaan, ahli jawatankuasa masjid serta pengurus kursus berkenaan. -Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *