KPDNHEP Miri Rampas 2,112 Kg Minyak Masak Paket Berjumlah RM5,272.50

UKAS  > Edisi-Utara >  KPDNHEP Miri Rampas 2,112 Kg Minyak Masak Paket Berjumlah RM5,272.50
0 Comments

SELASA, 5 JULAI 2022

MIRI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Miri telah menjalankan satu operasi ke atas sebuah premis di salah sebuah pusat komersial di Senadin pada Isnin.

Hasil pemeriksaan mendapati seorang individu telah disyaki melakukan kesalahan kerana menyalahgunakan minyak masak paket yang bersubsidi (1 kg) dengan tujuan menjual kepada pihak industri.

Menurut Ketua KPDNHEP Miri, Joe Azmi Jamil berkata, risikan selama dua minggu telah dibuat ke atas individu tersebut.

Serbuan mendapati terdapat aktiviti menggunting minyak masak paket 1kg dan dikumpul dalam 2 buah tangki square tank kapasiti 1000 liter untuk dijual ke peringkat industri.

Jumlah minyak masak yang disita berjumlah 2,112 kg dengan keseluruhan nilai rampasan sebanyak RM5,272.50.

Siasatan sedang dijalankan di bawah seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan berjadual dengan niat untuk melakukan kesalahan dan eksibit telah disita. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *