Masjid, Surau DUN Lambir Terima Sumbangan Sapi Untuk Ibadah Korban

SELASA, 5 JUN 2022

SIBUTI: Sebanyak lima buah masjid dan 19 buah surau di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lambir menerima sumbangan sapi untuk ibadah korban Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Dr Ripin Lamat telah menyempurnakan simbolik penyerahan di Pusat Khidmat PBB Lambir pada Selasa.

Antara masjid yang menerima adalah Masjid Taman Tunku, Masjid Bakam, Masjid TAR, Masjid Keluru Jaya, dan Masjid Army Camp.

Manakala surau yang menerima sumbangan sapi pula adalah Surau Kawang, Surau Nusah, Surau Hunai, Surau Danau, Surau Satap, Surau Opak, Surau Sepurau, Surau Subak, Surau Keluru Tengah, Surau Kejapil, Surau Beraya, Surau Beraya Lama, Surau Siwak, Surau PPR, Surau Kampung Damai, Surau Kampung Wawasan, Surau Sungai Dalam, Surau Batu 8 dan Surau Kampung Riam Batu 2.-EDISI UKAS

add comment