Loi Huei Jong & Chiam Tak Chee Muncul Juara Dalam Pertandingan Fotografi ‘The Beauty Of Telang Usan 3’

UKAS  > Edisi-Utara >  Loi Huei Jong & Chiam Tak Chee Muncul Juara Dalam Pertandingan Fotografi ‘The Beauty Of Telang Usan 3’
0 Comments

ISNIN, 11 JULAI 2022

MIRI: Winnie Bulan Juk dan Wong Chee Hung muncul juara dalam Pertandingan Fotografi “The Beauty Of Telang Usan 3” anjuran Pertubuhan Fotografi Miri dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Telang Usan dalam kategori masing-masing iaitu DSLR dan telefon pintar. 

Dalam kategori DSLR, Naib Juara disandang Loi Huei Jong dan Chiam Tak Chee serta 10 yang lain memenangi hadiah saguhati. 

Manakala, dalam kategori telefon pintar Naib Juara Wong Chien Chiang dan tempat ketiga William Tan Koh Kwong serta 10 pemenang saguhati. 

Kesemua hadiah kepada para pemenang disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau di Pusat Khidmat DUN Telang Usan di sini pada Sabtu. 

Setiap gambar telah nilai oleh tiga panel hakim iaitu Chiew Tick Chai, Raymond Chua dan Herman Wong.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *