ADUN Bukit Assek Agih Geran MRP Kepada NGO

UKAS  > Edisi-Tengah >  ADUN Bukit Assek Agih Geran MRP Kepada NGO
0 Comments

JUMAAT, 22 JULAI 2022

SIBU: Sebanyak 24 cek geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek diagihkan kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) di kawasan itu.

Penyerahan geran itu disempurnakan oleh Joseph Chieng bertempat di Pusat Khidmat SUPP Cawangan Bukit Assek pada Khamis.

Joseph Chieng dalam pada itu berharap penerima menggunakan geran berkenaan dengan sebaiknya.

Beliau juga mengulas mengenai keadaan lalu lintas di SM Sacred Heart dan SM Catholic High yang agak terkawal buat masa ini dengan adanya anggota RELA yang bertugas di hadapan sekolah.

Sehubungan itu, beliau memohon supaya ibu bapa dan penjaga sentiasa mendisiplinkan diri dengan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan agar kesesakan lalu lintas tidak berlaku walaupun tiada pihak berkuasa bertugas pada hari tersebut. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *