Dato Sri Dr Stephen Rundi Sempurnakan Acara Perlumbaan Bot Laju Terbuka Sebauh 2022

UKAS  > Edisi-Utara >  Dato Sri Dr Stephen Rundi Sempurnakan Acara Perlumbaan Bot Laju Terbuka Sebauh 2022
0 Comments

SELASA, 26 JULAI 2022 

BINTULU: Perlumbaan Bot Laju Terbuka Sebauh 2022 telah diadakan dengan jayanya di Tebingan Sungai Kemena, Pekan Sebauh pada Sabtu. 

Hadir menyaksikan perlumbaan itu Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena dan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Pejabat Daerah Sebauh dan Power Booster Racing Team selaku penganjur dalam mengadakan program seperti ini di Sebauh sempena Sambutan Hari Sarawak tahun ini. 

“Saya berpuas hati dengan penganjuran program kerana hari ini tidak ada sebarang pekara yang tidak diingini berlaku. 

“Saya juga berharap supaya program seperti ini dapat dijalankan lagi pada tahun-tahun akan datang dengan penganjuran yang lebih besar lagi,” kata beliau semasa ditemui wartawan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS). 

Selesai Perlumbaan Bot Laju Terbuka Sebauh 2022, Dato Sri Dr Stephen Rundi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena telah mengadakan perjumpaan bersama Pegawai Daerah Sebauh William Manggoi bagi membincangkan projek pembangunan DUN Kemena seperti pembinaan tebingan sungai, gereja serta masjid dan juga pembinaan stadium yang akan ditender pada bulan Ogos nanti.

Hadir sama Residen Bahagian Bintulu Dato Jack Aman Luat, Pemangku Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak Dominic Chunggat, Penghulu Nyipa Tingang dan Pemanca Limin Anai. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *