Kerajaan Komited Pastikan Penduduk Luar Bandar Nikmati Kemudahan Infrastruktur

UKAS  > Edisi-Selatan >  Kerajaan Komited Pastikan Penduduk Luar Bandar Nikmati Kemudahan Infrastruktur
0 Comments

KHAMIS, 28 JULAI 2022

KUALA LUMPUR: Kerajaan terus komited membangunkan pelbagai kemudahan infrastruktur dan prasarana penduduk luar bandar.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad, bagi Sarawak, Kerajaan Pusat telah menyediakan peruntukan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM27.44 bilion bagi pelbagai program dan projek dari tahun 2018 hingga 2022 di Sarawak.

“Untuk tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) Rolling Plan (RP) 2 Tahun 2022, sebanyak RM517 juta adalah untuk 145 projek infrastruktur asas di luar bandar Sarawak merangkumi projek-projek jalan raya sebanyak 77, bekalan elektrik sebanyak 22 dan bekalan air sebanyak 46,”jelasnya semasa menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Baram, Anyi Ngau pada Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima Parlimen Keempat Belas di sini pada Rabu.

Tambah beliau lagi, bagi status pelaksanaan projek jalan luar bandar, sebanyak 60 projek berada di peringkat pra pelaksanaan, 14 di peringkat Dalam Pelaksanaan dan baki tiga dalam Pasca Pelaksanaan.

Manakala bagi status pelaksanaan projek bekalan elektrik luar bandar, sebanyak lima projek berada di peringkat pra pelaksanaan, 11 di peringkat Dalam Pelaksanaan dan baki enam dalam Pasca Pelaksanaan.

Dalam pada itu, sebanyak 25 projek bekalan air luar bandar berada di peringkat pra pelaksanaan dan 21 di peringkat dalam pelaksanaan.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *