Sarawak Tidak Punyai Sifat Seperti ‘Anai-Anai’ Di Dalam Meneruskan Agenda Pembangunan Negeri

UKAS  > Edisi-Utama, Edisi-Utara >  Sarawak Tidak Punyai Sifat Seperti ‘Anai-Anai’ Di Dalam Meneruskan Agenda Pembangunan Negeri
0 Comments

KHAMIS, 4 OGOS 2022

LIMBANG: Sarawak tidak mempunyai masalah dari sudut mentadbir dan membangunkan masyarakat yang berbilang kaum dan agama. 

Menurut Premeir Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, ini kerana rakyat Sarawak menghormati di antara satu sama lain.

Jelas beliau, Piagam Madinah sebagai panduan dalam memberikan khidmat bakti kepada rakyat Sarawak.

“Inilah misalanya kita mempunyai negeri yang baik. Kita mahu negeri ini baik dan di dalamnya baik juga. 

“Jangan ada anai-anai dalam hidup kita. Sebab itu, kalau negeri kita mempunyai mereka yang bersifat seperti anai-anai, maka ia akan memberikan kesan yang buruk kepada kita. 

“Alhamdulillah, kita negeri Sarawak tidak mempunyai anai-anai di dalam kita membangunkan negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Surau Darul Ehsan Tun Abang Haji Openg Kampung Bunga Raya di Limbang pada Rabu. 

Pada majlis itu, Premier Sarawak turut menyampaikan sijil Pelantikan Jawatankuasa Pengurusan Surau Tahun 2022 hingga 2025. 

Tambah Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari lagi, Kerajaan Sarawak mempunyai perancangan yang besar untuk terus memberikan pembangunan insfrastruktur di daerah Limbang dan Lawas menerusi Agensi Pembangunan Kawasan Utara (NRDA). 

“Dalam hal ini, sudah tentu seluruh negeri Sarawak hendak kita bangunkan termasuk Limbang ini. 

“Saya baru sahaja 5 tahun dan kita mempunyai perancangan yang besar untuk Limbang untuk kita membangunkan infrastruktur jalan raya hingga ke Lawas dengan Datuk Amar Awang Tengah di bawah Northen Regional Development Agencies (NRDA) yang mana kita memberikan peruntukan RM1.5 bilion untuk membangunkan Limbang dan Lawas,” tambah beliau. 

Hadir sama Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia merangkap Ahli Parlimen Limbang Datuk Hasbi Habibollah, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah I (Pemodenan Pertanian) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail, Setiausaha Kerajaan Sarawak Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Residen Bahagian Limbang Sebi Abang. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *