ADUN Opar Serah Geran MRP & Insentif Pelajar Cemerlang SPM 2021

UKAS  > Edisi-Selatan >  ADUN Opar Serah Geran MRP & Insentif Pelajar Cemerlang SPM 2021
0 Comments

SELASA, 9 OGOS 2022

LUNDU: Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) 2022 dengan nilai keseluruhan berjumlah RM1.126 juta diserahkan kepada 190 penerima dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Opar.

Penyerahan telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang dalam satu majlis anjuran Pusat Khidmat N1 Opar di Dewan Masyarakat Lundu pada Isnin.

Para penerima terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), biro-biro, persatuan, rumah-rumah ibadat, kelab dan Badan Bukan Kerajaan (NGO ) bagi tujuan pelaksanaan aktiviti untuk tahun ini.

Dalam majlis sama, Billy turut menyerahkan Insentif Pelajar Cemerlang SPM 2021 kepada 32 orang pelajar dari kawasan DUN tersebut dengan nilai keseluruhan berjumlah RM10,200.

Hadir di majlis itu ialah Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Niponi Undek, Pegawai Daerah Lundu, Gustian Durani, Pegawai Tadbir di Pejabat Daerah Bau, Eddy Nayoi dan Timbalan Setiausaha Majlis Daerah Lundu, Ong Chin Ping. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *