Kuching Tuan Rumah ‘Asian South Pacific Association of Sport Psychology International Congress’ Ke-9

UKAS  > Edisi-Selatan >  Kuching Tuan Rumah ‘Asian South Pacific Association of Sport Psychology International Congress’ Ke-9

SELASA, 9 OGOS 2022

KUCHING: Bandar Raya Kuching menjadi tuan rumah ‘Asian South Pacific Association of Sport Psychology International Congress’ (ASPASP) ke-9 pada tahun ini.

Menteri Belia Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, seramai 344 peserta dari luar negara dan dalam negara mengambil bahagian dalam kongres yang berlangsung pada 9 hingga 11 Ogos ini.

Menurutnya, penganjuran kongres ini dapat merangsang kembali sektor pelancongan negeri yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dua tahun lepas.

“Penganjuran kongres ini secara tidak langsung memacu industri pelancongan negeri yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19 sejak dua tahun lalu.”

Beliau berkata demikian semasa majlis perasmian ASPASP ke-9 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau menambah, kongres seumpamanya juga memacu Sarawak sebagai lokasi yang dapat menawarkan pelbagai program dan aktiviti.

“Ini pasti membantu memperkasakan Sarawak untuk menjadi destinasi untuk penganjuran pelbagai aktiviti khususnya pembangunan sukan,” katanya.

Sementara itu, beliau juga mengatakan bahawa psikologi sukan merupakan elemen penting untuk membangunkan budaya menang serta dalam kalangan jurulatih dan atlet di Sarawak. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *