Sarawak Sedia Bekalkan Kembali Pelancongan Perubatan Apabila Sempadan Dibuka Semula Sepenuhnya

UKAS  > Edisi-Selatan >  Sarawak Sedia Bekalkan Kembali Pelancongan Perubatan Apabila Sempadan Dibuka Semula Sepenuhnya
0 Comments

JUMAAT, 12 OGOS 2022

KUCHING: Sarawak akan membekalkan pelancongan perubatan selepas sempadan dibuka semula sepenuhnya.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sebelum pandemik pada tahun 2019, jumlah pelancongan perubatan ke Sarawak seramai 47,000.

Jelasnya, daripada jumlah itu, 41,000 pelancong merupakan orang Indonesia.

“Kalau mereka datang untuk dapat perkhidmatan perubatan, satu keluarga akan datang dan tinggal agak lama dan rawatan perubatan biasanya mengambil jangka masa yang lebih panjang. 

“Ini adalah perkara yang boleh memberi manfaat di mana ia akan menyokong industri makanan, pengangkutan dan industri hotel.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran dan Flag Off Ekspedisi Bermotosikal Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak 2022 di Pejabat Pendidikan Negeri Sarawak di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Dato Sri Abdul Karim yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan memberitahu Kerajaan Sarawak juga sedang dalam proses perancangan menubuhkan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak Singapura (STATOS) di Brunei dan di Pontianak.

Ujar beliau lagi, kemudahan ini akan memberi peluang kepada sektor swasta dan juga membuka peluang rakyat Brunei, Indonesia dan Sarawak untuk terlibat secara langsung dalam perdagangan pelbagai hala.- EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *