Geran BKSS 7.0 dan 8.0 Diserahkan Kepada Peniaga Di Belaga

UKAS  > Edisi-Tengah >  Geran BKSS 7.0 dan 8.0 Diserahkan Kepada Peniaga Di Belaga
0 Comments

SABTU, 13 OGOS 2022

BELAGA: Sebanyak RM1,000 peruntukan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 7.0 dan 8.0 dibayar secara one-off kepada peniaga-peniaga di Dewan Masyarakat Belaga pada Khamis.

Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Beatrice Kedoh Tajang dalam ucapannya berkata BKSS 8.0 merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak bagi membantu dan meringankan beban rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19 yang melanda di Sarawak.

Jelasnya, Kerajaan Sarawak telah melaksanakan pelbagai bentuk bantuan menerusi siri BKSS sebelum ini untuk memberi ruang kepada rakyat untuk terus menjalankan ekonomi dan sosial demi kelangsungan hidup di samping menangani kes jangkitan COVID-19 daripada terus meningkat.

Selain itu, Setiausaha Majlis Daerah Kapit, Kelimbik Sibat berkata seramai 39 penerima yang dapat dihubungi menerima geran tersebut.

Jelasnya, mereka yang layak meneri bantuan geran BKSS tersebut merupakan peniaga yang mempunyai lesen dengan Majlis Daerah sama ada lesen ‘Village Shop’ atau lesen di gerai-gerai milik Majlis Daerah.

Tambahnya lagi, peniaga-peniaga rumah panjang yang belum memohon disarankan untuk membuat pemohonan bantuan tersebut.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *