28 JKKK & Pertubuhan Puyut Lubuk Nibong Terima Geran MRP Berjumlah RM650,000

UKAS  > Edisi-Utara >  28 JKKK & Pertubuhan Puyut Lubuk Nibong Terima Geran MRP Berjumlah RM650,000
0 Comments

AHAD, 14 OGOS 2022

MARUDI: Sebanyak 28 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta pertubuhan di kawasan Puyut Lubuk Nibong menerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM650,000 di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu pada Sabtu.

Timbalan Menteri Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek Dato Gerawat Gala meminta setiap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggunakan geran MRP tersebut dengan sebaik mungkin. 

Jelasnya, setiap peruntukan yang diberikan adalah bersesuaian dengan permohonan daripada penduduk untuk membeli kelengkapan rumah panjang, membina rumah serbaguna dan sebagainya.

“Perbelanjaan hendaklah menjurus kepada permintaan supaya ianya tidak lari dari matlamat asal bagi memajukan serta memberikan kemudahan kepada penduduk rumah panjang,” katanya semasa berucap dalam Majlis Penyampaian Geran MRP DUN Mulu di sini pada Sabtu. 

Ujarnya lagi, Kerajaan Sarawak prihatin dengan permasalahan penduduk di luar bandar dan dengan adanya geran sebegini akan dapat memberikan kelegaan kepada penduduk khususnya yang ingin memulakan pembinaan rumah panjang baharu.

Dalam majlis sama, beliau turut menerima 136 borang keahlian Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang baru bagi Cawangan Mulu dari Kaunselor Yanti Nyanggau.

Beliau menegaskan PBB sentiasa terbuka menerima kemasukan ahli-ahli baru tanpa mengira waktu dan mereka boleh mendapatkan borang keahlian di Pusat Khidmat DUN Mulu sama ada di Pekan Marudi mahupun di Miri.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *