Ahli Parlimen Kota Samarahan Terima Kunjungan Hormat Ketua Polis Daerah Samarahan

UKAS  > Edisi-Selatan >  Ahli Parlimen Kota Samarahan Terima Kunjungan Hormat Ketua Polis Daerah Samarahan
0 Comments

KHAMIS, 18 OGOS 2022

KOTA SAMARAHAN: Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang menerima kunjungan hormat daripada Ketua Polis Daerah Samarahan, Supt Sudirman Kram dan delegasinya di pejabat beliau pada Selasa.

Kunjungan hormat ini merupakan kunjungan hormat terakhir daripada Supt Sudirman sebelum bertukar tempat bertugas.

Supt Sudirman Kram yang berasal dari Sarikei mula berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 1998 dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan sehingga tahun 2005 sebelum bertugas di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOL) Kuching hingga tahun 2016.

Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebelum dilantik bagi menjawat jawatan Pegawai Turus Perkhidmatan dan Perjawatan Kontinjen Sarawak dan seterusnya menjadi Ketua Polis Daerah Kota Samarahan pada 2020.

Datuk Rubiah Wang menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Supt Sudirman atas khidmat bakti beliau sepanjang menjadi Ketua Polis Daerah Kota Samarahan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sehingga berjaya menurunkan statistik jenayah-jenayah indeks serta menangani beberapa lagi kes-kes jenayah seperti kecurian kenderaan dan jenayah pecah masuk rumah dengan usaha-usaha pencegahan jenayah secara berkesan termasuklah ‘snap check’.

Beliau turut berharap agar Supt Sudirman Kram dapat mengekalkan kecemerlangannya di stesen bertugas baharu.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *