156 Murid & 12 Guru Terima Sumbangan Sempena Program Bulan Hari Kebangsaan

UKAS  > Edisi-Utara >  156 Murid & 12 Guru Terima Sumbangan Sempena Program Bulan Hari Kebangsaan
0 Comments

RABU, 24 OGOS 2022

MIRI: Seramai 156 murid dan 12 guru TADIKA Jalan Riam menerima sumbangan bakul makanan termasuk peralatan alatulis dalam program anjuran Jawatankuasa Rukun Tetangga Kawasan Riam Tengah bersempena dengan bulan Kebangsaan. 

Menurut Ahli Majlis Bandaraya Miri (MBM) Kaunselor Jeffrey Phang Siaw Foong yang mewakili Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato’Seri Lee Kim Shin, program ini bertujuan bagi menyemai semangat cintakan tanah air. 

Selain itu katanya, program ini juga bertujuan bagi meringankan beban golongan yang terkesan akibat Pandemik COVID-19.

“Ia adalah sebagai satu langkah untuk kita menjaha masyarakat kita supaya dapat memberi bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan,” katanya ketika ditemui media selepas program tersebut di Tadika Jalan Riam, Jalan Pinang Riam pada Selasa.

Jelasnya lagi, beliau berharap program seperti ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar megenai  kemerdekaan selain dapat menyemai semangat kemerdekaan yang disambut pada setiap tahun. 

Turut hadir dalam program tersebut adalah Pengerusi Lembaga Pengarah TADIKA Jalan Riam Miri Chin Teck Chai.-EDISI UKAS 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *