Premier Sarawak Pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Pembangunan Negeri

UKAS  > Edisi-Utama >  Premier Sarawak Pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Pembangunan Negeri
0 Comments

KHAMIS, 1 SEPTEMBER 2022

BINTULU: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Pembangunan Negeri di sini pada Khamis. 

Mesyuarat yang diadakan di Hotel ParkCity Everly itu antara lain bertujuan membincangkan status pelaksanaan projek pembangunan di bahagian Bintulu. 

Antara projek yang telah dibentang termasuk berkaitan utiliti, telekomunikasi, infrastruktur dan jalan raya.  

Hadir sama ialah dua Timbalan Premier Sarawak iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Profesor Dr Sim Kui Hian, Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk John Sikie Tayai, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi,  dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki. 

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Dato Majang Renggi, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Dato Gerawat Gala, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dr Annuar Rapa’ee, Duta Khas Kepada Perdana Menteri Ke China merangkap Ahli Parlimen Bintulu, Dato Sri Tiong King Sing, Ahli Parlimen Hulu Rajang, Wilson Ugak Kumbong, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Datuk Talib Zulpilip, ADUN Murum, Kennedy Chukpai Ugon, Setiausaha Kewangan Sarawak, Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Datu Dr. Muhammad Abdullah Zaidel, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datu Dr Sabariah Putit, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran), Datu Ik Pahon Joyik serta Ketua-Ketua Jabatan. -Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *