STEM Pacu Sarawak Menuju Ke Arah Revolusi Industri 4.0

UKAS  > Edisi-Tengah >  STEM Pacu Sarawak Menuju Ke Arah Revolusi Industri 4.0
0 Comments

KHAMIS, 1 SEPTEMBER 2022

SIBU: Seramai 40 orang pengetua dan guru sekolah telah menghadiri Lab on STEM Enrolment 2022 Zon Sibu pada Selasa.

Program anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat 1 merangkap ADUN Nangka, Dr. Annuar Rapaee.

Dr. Annuar Rapaee berkata, beliau akan ‘mengangkat’ 150 pelajar Tingkatan 1 dari tiga buah sekolah menengah di bawah kawasan tersebut untuk program itu iaitu SMK Kampung Nangka, SMK Agama Sibu dan SMK Jalan Oya.

“Saya akan mengambil 50 pelajar angkat dari setiap sekolah.  Mereka telah dikenal pasti melalui ujian diagnostik yang dikendalikan oleh jawatankuasa yang diketuai oleh pegawai pendidikan daerah Sibu dan pengetua sekolah.

“Mereka yang terpilih untuk program itu adalah pelajar berpotensi dan mampu maju untuk melakukan STEM.  

“Mereka akan diambil sebagai anak angkat sehingga ke Tingkatan 3 kerana apabila sampai ke Tingkatan 4, mereka akan dipisahkan kepada aliran Sains dan Seni,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan penutupan Makmal Pendaftaran STEM di Tanahmas Hotel, Sibu pada Selasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *