Empat Projek RTP DUN Opar Bakal Dilaksana

UKAS  > Edisi-Selatan >  Empat Projek RTP DUN Opar Bakal Dilaksana
0 Comments

JUMAAT, 2 SEPTEMBER 2022

LUNDU: Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi DUN Opar yang telah diluluskan bakal dilaksanakan tidak lama lagi.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Opar, Billy Sujang turun padang bagi meninjau tapak projek berkenaan bersama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Lundu, pada Khamis.

Projek RTP tersebut merangkumi empat buah projek iaitu Projek Bina Baharu Dewan Kampung Senibong, Projek Naik Taraf Dewan Serbaguna Kampung Sebiris, Projek Naik Taraf Balai Raya Kampung Serayan Hulu dan Projek Bina Baharu Balai Raya Kampung Sebako 1. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *