Azri & Fatin Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Serian

UKAS  > Edisi-Selatan >  Azri & Fatin Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Serian
0 Comments

SABTU, 3 SEPTEMBER 2022

SERIAN: Azri Deli dan Fatin Nurain Ripot muncul Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Serian anjuran Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Bahagian Serian.

Mereka berdua masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan piala.

Sementara itu, bagi kategori qari naib johan dimenangi Merzuki Bohari yang membawa pulang hadiah wang tunai RM700 dan piala, manakala tempat ketiga dimenangi Rohaizat Rejab menerima hadiah wang tunai RM500 dan piala.

Bagi kategori qariah pula, naib johan disandang Nur Zulaikhah Ripot membawa pulang hadiah wang tunai RM700 dan piala dan tempat ketiga Masriah Mohamed membawa pulang hadiah wang tunai RM500 dan piala.

Hadiah-hadiah kepada para pemenang telah disampaikan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datu Misnu Taha

Seramai lapan orang qari dan qariah dari Mukim Serian, Balai Ringin, Jalan Ensengei dan Tebakang telah memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang turut dihadiri kira-kira 300 penduduk yang telah diadakan di Dewan Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Serian di sini pada Jumaat.

Hadir sama Residen Bahagian Serian Selamat Jati Yanjah, Pegawai Agama Islam Bahagian Serian Ustaz Morshidi Julai, Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Islam Serian Ustaz Mohd Amin Dan serta Pemanca Salbiah Emon.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *