UNIFOR Lawat Rumah Ibadat Di Sebauh

UKAS  > Edisi-Utara >  UNIFOR Lawat Rumah Ibadat Di Sebauh
0 Comments

AHAD, 4 SEPTEMBER 2022

BINTULU: Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) telah mengadakan sesi lawatan tapak bagi pemantauan projek bantuan dana rumah ibadat agama-agama lain di kawasan Sebauh pada Khamis.

Lawatan itu bertujuan memantau kegiatan membaikpulih Gereja B.E.M Rumah Patrick Andin, Serakit, Sebauh, membina Grotto Rumah Meikle Ding, Sg. Sekutan JIn Hulu Sebauh dan baikpulih serta menaiktaraf Tua Pek Kong Sebauh (Natok Kong).

Justeru, pemantauan dilakukan ke atas kemajuan projek rumah ibadah bagi memastikan bantuan dana yang diberi telah digunakan dengan sebaik mungkin.

Bagi projek-projek yang masih dalam pelaksanaan, pihak yang terlibat telah dinasihatkan agar menyiapkan projek menggunakan dana yang telah diperuntukkan.

Antara yang hadir pada lawatan tersebut ialah Pengarah UNIFOR, Richard Lon dan Pegawai Tadbir Daerah Sebauh, Baithy Tini Nikey. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *