Universiti Curtin Tepati Keperluan & Kehendak Sumber Tenaga Kerja Di Negeri Ini

UKAS  > Edisi-Utara >  Universiti Curtin Tepati Keperluan & Kehendak Sumber Tenaga Kerja Di Negeri Ini
0 Comments

AHAD, 4 SEPTEMBER 2022

MIRI: Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dilihat memainkan peranan penting dalam mendidik dan melahirkan golongan belia menjadi seorang pemimpin yang berkualiti dan penuh dengan nilai kemanusiaan.

Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Pengerusi Lembaga Pengurusan Curtin Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, Universiti Curtin adalah pilihan tepat kerana universiti ini menawarkan kursus-kursus pengajian khasnya dalam jurusan kejuruteraan yang menepati keperluan dan kehendak sumber tenaga kerja industri di negeri ini. 

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikam Curtin Leo Camp 2022 di Universiti Curtin Miri Sarawak pada Sabtu. 

Dalama pada itu, Curtin Leo Camp 2022 ini diadakan bertujuan bagi memberi motivasi dan inspirasi kepada para pelajar untuk menjadi seorang pemimpin masa hadapan melalui ceramah kepimpinan, bengkel, aktiviti kepimpinan dan bina kumpulan. 

Katanya lagi, motivasi kepada golongan muda ini dapat memantapkan kemahiran kepimpinan dan kesedaran dari segi kepentingan untuk menjalankan aktiviti sosial yang bermanfaat. 

Selain itu, ianya dapat mengukuhkan lagi hubungan mesra para pelajar dengan IPT.-EDISI UKAS 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *