Delegasi MEITD Lawat Pusat Sains Negara Wilayah Utara

UKAS  > Edisi-Utama >  Delegasi MEITD Lawat Pusat Sains Negara Wilayah Utara
0 Comments

KHAMIS, 15 SEPTEMBER 2022

KEDAH: Delegasi Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) yang diketuai oleh Menterinya, Datuk Roland Sagah Wee Inn telah melawat Pusat Sains Negara Wilayah Utara di Alor Setar, pada Rabu.

Beliau turut diiringi oleh dua Timbalan Menterinya, Datuk Francis Harden Hollis dan Dr Annuar Rapaee serta pegawai kanan Kementerian.

Lawatan tersebut bertujuan untuk memahami dengan lebih terperinci tentang operasi Pusat Sains untuk dijadikan penanda aras dalam pengurusan dan pengendalian Pusat Sains Sarawak yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada 2025

Sebaik tiba di pusat berkenaan, mereka telah disambut oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Dr Nagulendran Kangayatkarasu, Bahagian Setiausaha, Bahagian Penanaman dan Perkhidmatan STI, MOSTI, Nik Kamaruzaman, Pengarah Pusat Sains Negara, Mismah Jimbun, Ketua Pusat Sains Wilayah Utara, Hafizul Hanif Abu Bakar dan pegawai-pegawai kanan pusat berkenaan.

Semasa lawatan tersebut, mereka telah diberi taklimat mengenai latar belakang pusat, operasi dan kemudahannya Mismah Jimbun.

Kemudian mereka diberi lawatan interaktif ke atas kemudahan dan pameran pusat itu serta diberikan pengalaman langsung dengan pameran interaktif di pusat itu.

Sementara itu, lawatan itu  juga bagi memahami secara terperinci mengenai aktiviti dan program STEM yang dianjurkan oleh pusat itu dalam menggalakkan pelajar dan masyarakat mencintai dan menghargai sains dan teknologi.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *