Tenpin Boling Tambah Koleksi Emas Sarawak, Renang Bermula Positif

UKAS  > Edisi-Selatan >  Tenpin Boling Tambah Koleksi Emas Sarawak, Renang Bermula Positif
0 Comments

ISNIN, 19 SEPTEMBER 2022

KUALA LUMPUR: Kem tenpin boling menambah koleksi emas Sarawak selepas gandingan Lavinia Kho Jia Jie dan Nur Hazirah Ramli muncul juara acara beregu wanita pada Isnin.

Lavinia dan Hazirah mengumpul jatuhan pin sebanyak 2374 untuk memastikan lagu Ibu Pertiwiku sekali lagi berkumandang di Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid.

Perak dirangkul Nurul Natasha dan Puteri Nurshahira dari Melaka dengan jatuhan pin sebanyak 2306 sambil gangsa milik Nurul Aisyah Salleh dan Anis Hannani dari Johor dengan 2268 jatuhan pin.

Sementara itu, Sarawak turut merangkul pingat gangsa dalam acara trio lelaki menerusi Abner Loo Chun Lik, Musayyar Khalid dan Abang Afiq Yazid Abang Azman selepss mencatat 3665 jatuhan pin.

Emas dimenangi Megat Zaqrul Haiqal, Muhammad Hariz Adlan dan Muhammad Shafiy Zaim dari Pulau Pinang dengan 3671 pin.

Manakala perak disandang Matthew Ong Tzi Ming, Ahmad Azriq dan Muhammad Hazim dari Kuala Lumpur dengan 3667 pin.

Saingan akan diteruskan esok dalam acara beregu bercampuran.

Dalam acara renang yang membuka saingan di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, perenang Sarawak berjaya meraih sebutir pingat emas dalam acara 100 meter kuak dada lelaki menerusi Puong Wei Hii.

Beliau mencatat 1:03.95 saat untuk menewaskan rakan sepasukan, Xi Jay Job Tan yang merangkul perak dengan catatan 1:04.05 saat.

Tze Yean Khiew dari Kuala Lumpur meraih gangsa dengan 1:04.06 saat.

Dalam pada itu, Kelly Teo berjaya menyumbang dua perak dalam acara 200 meter gaya bebas wanita dan 400 meter rampaian individu.

Satu lagi gangsa turut hadir dari kolam renang untuk kontinjen Sarawak menerusi Hii Poung Wei dalam acara 50 meter kuak lentang.

Saingan akan diteruskan pada Selasa. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *