Program “Juh! Ngesor Bakat Kitak” Bantu Warga Emas Giat Aktif

UKAS  > Edisi-Utara >  Program “Juh! Ngesor Bakat Kitak” Bantu Warga Emas Giat Aktif
0 Comments

SELASA, 20 SEPTEMBER 2022

MIRI: Program “Juh! Ngesor Bakat Kitak” melalui pertandingan Senior Got Talent sempena Sambutan Hari Warga Emas telah memberi semangat kepada warga emas untuk bergiat aktif dan bergaul di antara satu sama lain. 

Program tersebut merupakan sambutan tahunan yang akan diadakan pada bulan Oktober. 

Majlis penangguhan program tersebut yang bertemakan “Daya Tahan dan Sumbangan Warga Emas Wanita” telah disempurnakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak), Datuk Rosey Yunus di Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Miri pada Sabtu. 

Dalam pada itu, objektif program tersebut juga bertujuan membolehkan warga emas menyertai aktiviti-aktiviti kerohanian dan rekreasi yang dianjurkan dalam program ini. 

Selain itu, warga emas dapat mengamalkan senaman untuk menjaga kesihatan dan kecergasan supaya sihat, aktif dan produktif serta memberi peluang kepada warga emas terutamanya yang diluar bandar untuk terlibat dalam program yang dianjurkan. 

Turut hadir, wakil Pejabat Residen Bahagian Miri Arshad Shamsu dan wakil dari Pejabat Daerah Miri.-EDISI UKAS 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *