ADUN Daro Sumbang RM5,000 Kepada SK Kampung Pangtray

UKAS  > Edisi-Tengah >  ADUN Daro Sumbang RM5,000 Kepada SK Kampung Pangtray
0 Comments

JUMAAT, 30 SEPTEMBER 2022

DARO: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad menyumbangkan dana berjumlah RM5,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pangtray.

Menurutnya, dana yang disumbang itu akan digunakan sebagai tambahan untuk pelaksanaan pembinaan dewan sekolah.

Sebelum itu beliau telah merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK Kampung Pangtray Tahun 2022 pada Khamis.

Seterusnya pada sebelah petang, beliau telah menyempurnakan Taklimat Projek Lampu Isyarat di Daerah Daro oleh Majlis Daerah Matu & Daro (MDMD).

Selepas taklimat, Safiee diiringi rombongan ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) Tanah Besar Daro untuk menyaksikan simbolik serahan tapak projek daripada MDMD kepada pihak kontraktor yang dijangka siap pada 29 Mac 2023.

Turut hadir ialah Guru Besar SK Kampung Pangtray, Buang Maharup, wakil Pejabat Pendidikan Daerah Daro, Junaidi Mohamed, Penolong Setiausaha MDMD, Sabli Razak dan wakil Pegawai Daerah Daro, Jeana Robert. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *