Seminar Pengupayaan Kepimpinan Platform Perkasa Pengurusan Sekolah

UKAS  > Edisi-Selatan >  Seminar Pengupayaan Kepimpinan Platform Perkasa Pengurusan Sekolah
0 Comments

SABTU, 1 OKTOBER 2022

BAU: Seminar pengupayaan kepimpinan merupakan platform bagi memperkasakan keberkesanan dalam pengurusan sekolah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang berkata, ia merupakan komponen yang memainkan peranan penting ke arah menjamin kualiti kepimpinan sesebuah sekolah.

Menurutnya, penganjuran seminar kepimpinan itu juga mencerminkan komitmen tinggi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bau terhadap pembangunan kompetensi kepimpinan Pengetua dan Guru Besar.

“Ini kerana kumpulan pengurusan ini yang menjadi tulang belakang dalam menentukan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tercapai.

“Sebagai wakil rakyat, saya menghargai dan menyokong penuh usaha murni PPD Bau dalam menjadikan seminar ini sebagai satu wadah ke arah kecemerlangan kepimpinan sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penutupan Seminar Pengupayaan Kepimpinan Sekolah Daerah Bau di Bung Bratak Heritage, Bau pada Sabtu.

Turut hadir, Pegawai Pendidikan Daerah Bau, Edward Ngelai, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pengurusan Sekolah, Pojen Minos serta tetamu kehormat lain.

Billy menambah, pemimpin sekolah merupakan penentu kejayaan Dasar Transformasi Pendidikan yang diilhamkan oleh pemimpin negara dan KPM.

Katanya, Pengetua dan Guru Besar sebagai arkitek sosial yang sememangnya memikul tanggungjawab besar, bukan sekadar memimpin para guru dalam menyampaikan ilmu, malah juga diamanahkan tanggungjawab untuk merealisasikan cita-cita negara.

“Pencapaian kualiti memerlukan perubahan, sebagai pemimpin, guru perlu mempunyai semangat dan kemahuan untuk berubah ke arah kebaikan.

“Saya jugya berharap para guru sebagai pemimpin sekolah yang berkesan yang akan terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang, sekaligus menjana potensi murid ke tahap optimum,” katanya. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *